Bila sebut seoul,korea Selatan. Sudah terbayang dalam fikiran
saya, sebuahnegara yang cantik akan saya kunjungi.Selama ini
saya hanya melihat lokasi menarik negara Korea menerusi
drama-drama korea saja. Salah satunya drama yang benar-benar
menyentuh perasaan saya, Winter Sonata.
Tak sangka saya berpeluang menjejakkan kaki ke kota yang
moden dan penuh romantis ini tapi kali ini bukan bersama
keluarga saja tapi bersama ahli rombongan yang lain.
Kami berlepas ke Seoul pada lewat malam. Sampai di Airport
Incheon seawal jam 7.00 pagi. Rasa letih jugalah kerana
terpaksa mengharungi perjalanan selama 7 jam untuk sampai
ke Kota Seoul. Selepas segala urusan imigresen
selesai, kami dibawa ke Dongdaemun, salah satu pasar yang
terkenal di Korea.
Kata pemandu pelancong kami, di sini terdapat pelbagai
barangan dijual termasuk pakaian, beg kasut dan
cenderahati. Rombongan saya diberi masa 2 jam
untuk pusing-pusing di sekitar kawasan ini sementara
menanti untuk makan tengahari di Restoran Taj Mahal di
Itaewon. Begitu banyak kedai di sini sehingga tak
terhabis kedai yang nak disinggah.
Seperti yang dijanjikan kami dibawa ke Itaewon untuk
menikmati hidangan tengahari. Nasi Beriyani..sedap jugalah.
Selepas itu kami dibawa ke Masjid besar Seoul di Itaewon
untuk solat zohor. Kemudian dibawa pula bersiar-siar
disekitar Itaewon ni.Di Itaewon, terdapat banyak restoran
antarabangsa seperti Arab, Pakistan,Italy selain kedai-kedai
menjual pakaian. Malah kawasan ini jugalah banyak makanan halal
boleh di dapati selain ada juga beberapa buah pasaraya yang
menjual produk-produk halal seperti daging, ayam dan mee.
Selepas solat di Masjid, saya & beberapa ahli rombongan lain dibawa
melawat ke Namsan Hanok Village iaitu kampung budaya Korea. Dapatlah saya
melihat kehidupan dan budaya orang-orang kampung korea dahulu.
Kemudian kami dibawa untuk bermalam di Phoenix Park Resort. Phoenix Park ni
bukan saja menjadi tumpuan pada musim sejuk untuk bermain ski tetapi juga
merupakan lokasi penggambaran drama popular korea 'Endless Love'
Pada hari kedua di Korea, ahli rombongan saya di bawa ke Everland, taman
tema terbesar di Korea. Memang best kat sini. Ada permainan macam kat
genting highlands tu tapi saya tak lah naik roller coster cuma
sekadar seronok melihat gelagat anak remaja dari pelbagai negara
bersuka ria. Disini pun ada taman haiwan yang boleh dikunjungi.
Masa saya datang tu korea sedang musim bunga dan festival tulip sedang
berlangsung di sini jadi berlambaklah bunga tulip kat sekitar taman ini.
Apalagi bergambar sakanlah saya dan suami dengan berlatarbelakang
keindahan panorama bunga tulip yang berwarna-warni.Malam itu kami
dijamu dengan seafood korea.
Selepas sarapan pagi di hotel, saya bersama ahli rombongan dibawa ke MBC
Filming Studio yang Merupakan salah sebuah lokasi penggambaran
drama popular korea ` Jewel in the Palace ' atau "Dae Jang Geum", tajuk
dalam bahasa korea. walaupun singgah sekejap sahaja disini tapi amat
menyeronokkan.Lawatan disambung ke Ladang Strawberi. Dapatlah kutip berapa banyak
Strawberi yang kita suka untuk dimakan atau dibawa balik. Buah strawberi
kat sini bukan saja besar tapi manis.
Selepas itu saya bersama ahli rombongan dibawa pula ke sekolah kimchi.
Dapatlah timba satu pengalaman baru, mengetahui dan memahami cara
pembuatan kimchi. Kimchi ni santapan paling popular bagi orang Korea.
Kemudian kami dibawa mencuba pakaian tradisional orang korea iaitu
Hanbok.
Pada sebelah petang, rombongan saya dibawa pula ke Gyeongbok Palace.
Istana kuno yang dibangun tahun 1393.Seni bina bangunannya begitu
menarik sekali. Bukan sahaja istana ini merupakan istana yang tertua
tetapi juga istana yang tercantik di zaman dinasti Chosun.
Kemudian kami berjalan beramai-ramai ke National Folk
Museum,Muzium budaya Masyarakat Korea yang terletak dalam kawasan
Gyeongbok Palace.Muzium ni samalah macam muzium kita kat
Malaysia.Memang menarik kalau masuk muzium ni, kita akan didedahkan dengan
sejarah dan budaya kehidupan orang-orang korea zaman dulu. kemudian
kami singgah seketika di Blue House yang merupakan kediaman & pejabat
rasmi president republik Korea.Kira memang padatlah jadual kita orang.
Korea ni banyak juga tempat menarik, kalau pergi setakat 4 atau 5 hari tak
cukup.
Kemudian rombongan kami seterusnya ke Namdaemun Market.Tibalah masa untuk bershopping.
Pasar Namdaemun ni memang terkenal dengan penjualan brooch. Memang cantik
-cantik design dia..harga dia tak lah murah sangat tapi kalau kat
malaysia harganya dijual lebih mahal lagi jadi alang-alang dah
sampai korea, boronglah sepuas hati..selain itu boleh juga beli
barang-barang cenderahati seperti Keychain atau kraftangan untuk dibawa pulang
sebagai kenangan.
Lawatan terakhir untuk malam itu, ahli rombongan kami dibawa ke
Myeongdong. Jarak antara Myeongdong dengan pasar Namdaemun ni tak jauh.
Kalau anda mahu mendapatkan pakaian pelbagai jenama dengan
harga tawaran yang menarik disinilah tempatnya.Beg pelbagai jenama seperti
Gucchi, saya tak beli barang pun disini sekadar jalan-jalan saja sebab
pakaian yang banyak dijual disini pun kebanyakkan pakaian berjenama untuk
remaja saja.
Sebenarnya ada lagi beberapa destinasi yang kami lawati di Korea.
Tengok je lah foto-foto kat bawah ni:
Sekitar Everland
Cuti-Cuti Makan Angin Blog
5 Hari 4 Malam Jakarta/Bandung
Hari pertama
Penerbangan kami berlepas ke Jakarta jam 6.50 petang dan
tiba disana jam 8 malam iaitu kurang 1 jam dari waktu Malaysia.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta mengambil masa kira-kira
2 jam. Cadangan kami sejurus tiba di Airport Jakarta ingin menaiki
teksi Blue bird (teksi bermeter) untuk ke tempat penginapan kami,
hotel ibis Mangga Dua tetapi lain yang jadi kerana ketika kami
keluar dari airport, ulat-ulat sudah menunggu di luar. Masing-masing
tawar-menawar. Pusing kami dibuatnya..Sana sini bertanyakan kami
mahu kemana. Ada yang sampai menawarkan 200,000 rupiah untuk ke Hotel.
Mahal tu.. kami cuba mencari teksi bermeter Blue bird tapi tak jumpa.
Akhirnya kami terpaksa memilih naik teksi ke Hotel ibis dengan harga
150,000 rupiah kerana letih banget. Suami pulak masa tu tak berapa sihat.
Sampai dihotel Ibis Mangga dua jam 10.30 malam. selepas check-in
hotel, kami terus tidur.
Hari kedua
Selepas solat subuh, jam 5.15 pagi. Kami turun breakfast. Waktu itu
dah nampak terang walaupun baru jam 6 pagi.Suasana waktu itu
sunyi, tiada kenderaan yang kelihatan. Mungkin hari ini hari
Ahad, mereka lewat keluar rumah. Lagipun kedai-kedai dan pusat
membeli-belah di sini masih belum buka lagi. Pada mulanya
cadangan kami hari itu nak pergi ke Ancol. Dari Hotel kami naik
teksi blue bird untuk ke Ancol tapi pemandu teksi tu kata, Ancol
belum buka lagi pada waktu ini, jam 10 baru buka. kenalah kami
tukar plan. Kami memilih untuk ke Taman Mini Indonesia Indah
dulu lepas tu kalau berkesempatan kami berkunjung ke Ancol pula.
Semasa kami melalui jalan untuk ke Taman Mini, kami melalui jalan
ke Ancol. Dapatlah kami tengok Ancol dari dalam teksi.
Bagaimanapun persekitaran Ancol ketika itu dipenuhi air.
Menurut pemandu teksi itu setiap kali hujan lebat, air sungai
sekeliling Ancol itu akan melimpah.katanya lagi, dari bulan Januari
hingga April, Jakarta mengalami musim hujan hingga boleh
mengakibatkan banjir.
Bergambar di Pasar Pagi Mangga Dua
Perjalanan dari hotel ke Taman Mini Indonesia Indah mengambil
masa kira-kira 1 jam. Kalau di Malaysia, bayaran tol dibayar
oleh pemandu teksi atau termasuk dalam harga pakej sedangkan di
Jakarta, kami sendiri yang kena bayar harga tol berkenaan.
Terkedu juga kami..nasib baik tolnya mahu menerima wang besar,
kalau tidak dimana kami hendak mencari wang kecil.
Setiap tol kami dikenakan bayaran 2, 500 rupiah. manakala
bayaran masuk untuk ke Taman Mini ialah 9, 000 rupiah seorang.
Foto-foto di Taman Mini Indonesia Indah
Di dalam Taman Mini ini terdapat banyak rumah tradisional
masyarakat indonesia. Macam kita kat Malaysia, ada taman mini
Malaysia kat Melaka. Disini pun lebih kurang sama. Taman Mini
seluas 150 hektar ini dibina atas cadangan Ibu Tien Soeharto.
Selain ada rumah-rumah tradisional, Taman ini juga memiliki
tasik yang cantik dan taman tema air. Kami berjalan kaki melawat
setiap rumah. Cuaca yang redup membuatkan kami selesa bersiar-siar
di taman ini. Hampir 2 jam kami berada disini. Sebelum pulang, kami
mencuba pula naik Cable Car sehingga sampai ke pintu masuk taman.
Pemandangan dari atas Cable Car pun memang cukup cantik. Memang
tak menyesal kalau naik Cable Car (Kereta kabel) ini. Sesiapa yang
belum pernah datang ke Jakarta, jangan sekali-kali anda lupa singgah
di Taman Mini yang sangat indah ni.
Indahnya....Pemandangan dari Cable Car
Perjalanan kami kemudiannya diteruskan ke Tanah Abang iaitu pusat
membeli-belah yang popular di Jakarta. Kami bergegas ke sana
segera kerana apa yang kami tahu, Pasar Tanah Abang tutup
pukul lima petang. Kami tidak mahu terlepas peluang ke sana
kerana esok kami akan meneruskan perjalanan ke Bandung pula.
Perjalanan dari Taman Mini ke Tanah Abang pada mulanya lancar
tetapi bila sampai ke kawasan membeli-belah Tanah Abang,
Jalan jadi Macet(Sesak). Di dalam teksi pemandu banyak
berbual dengan kami. Kami faham juga bahasa Indonesia tetapi
ada juga yang pekat tak difahami terpaksa anguk-anguk saja.
Disepanjang jalan kami nampak peminta sedekah jalanan dan
pemuda-pemuda bermain gitar meminta sedekah.tetapi apa boleh
buat kami tak dibenarkan menghulurkan wang simpati kami.
Jalan yang begitu macet membuatkan pemandu teksi menurukan
kami sebelum sampai ke destinasi. katanya berjalan lebih
cepat. Mujurlah dia menurunkan kami tidak jauh dari
Tanah Abang.
Sampai di Tanah Abang, sungguh ramai orang. Kami pergi dari
tingkat ke tingkat untuk mencari barang-barang yang ingin
dibeli. Baju Blouse semuanya sangat murah jika dibandingkan
dengan Malaysia. Kami fikir tak perlu beli banyak barang
sangat kerana kami akan ke Bandung, tentu harganya lebih
murah lagi.
Setelah penat berjalan dan bertanya harga di tiap-tiap
tingkat (lantai), perut kami terasa lapar. Kami singgah
di lantai 6 untuk menjamu selera kerana di tingkat ini
terletaknya Food Court. Memang banyak makanan dijual.
Bagaimanapun agak sukar juga kami hendak memilih makanan
halal kerana tiada loga halal diletakkan dihadapan kedai
masing-masing. Kami nampak wanita bertudung duduk makan
di situlah kami makan.Jam 6 petang, kami pulang ke hotel
dengan menaiki teksi Blue Bird.
Hari ketiga
Seawal 7 pagi lagi, setelah solat dan sarapan pagi kami
keluar berjalan kaki ke Pasar Pagi Mangga dua dan seterusnya
ke ITC Mangga Dua kerana lokasi hotel kami ke Pasar itu
tidak jauh. Hanya kira-kira 15 minit sahaja. Waktu itu cuaca
sedikit sejuk kerana baru lepas hujan. Sementara menanti kedai
dibuka, Kami jalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah itu.
Di sini kelihatan terlalu banyak bas-bas lama digunakan dan
kenderaan kecil yang dinamakan bajaj.
Kami sempatlah membeli 3 buah beg tangan dan beberapa helai
tudung di ITC Mangga dua. Terlalu banyak barang dijual disini
hingga pening dibuatnya untuk membuat pilihan. Kalau ikutkan
hati, banyak juga barang yang boleh dibeli tapi apa boleh buat
kami takut jika membeli terlalu banyak barang, tentu sukar
kami nak bawanya ke Bandung. Selepas itu kami balik ke hotel
untuk bersiap-siap ke Bandung.
Untuk ke Bandung, kami perlu menaiki Van Cipaganti. Perhentiannnya
terletak di Mangga Dua Square. Naik keretapi pun boleh. Balik
ke Jakarta nanti kami bercadang naik keretapi pulak. Kami ke
Mangga Square dengan menaiki teksi Blue bird walaupun pusat
membeli-belah itu sebenarnya tak berapa jauh dari hotel kami.
Van Cipaganti ni berhawa dingin dan boleh memuatkan 9 orang.
Harganyanya pun berpatutan 70,000 rupiah seorang. Masa
perjalanan dari Jakarta ke Bandung kira-kira dua jam je.
Sepanjang perjalanan kami dapat melihat suasana di sekitar
Jakarta dan kawasan hijau Bandung. Kami sampai di Bandung jam
4 petang. Masa tu Bandung sedang hujan. Suhu di sini sedikit
sejuk berbanding Jakarta. Kami diturunkan di perhentian
Cipaganti di Bandung. Kemudian kami menaiki teksi Blue Bird
untuk ke Hotel Cemerlang. Sebaik tiba di hotel, kami terus
berehat.
Jam 5.30 petang kami mengatur rancangan untuk ke Pasar Baru
tapi sayangnya kami diberitahu oleh pekerja hotel, Pasar Baru
sudah tutup dan dibuka jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang
sahaja. Kami terkilan sikit tapi nak buat macam mana,
terpaksalah kami tunda pagi esok.Kami tanya lagi dekat mana
nak makan, katanya makanan di depan hotel, susah nak dapat yang
halal.Masa tu perut dah lapar sangat. Susah juga nak makan di
Indonesia ni, tak macam di Malaysia makanan banyak, senang nak
makan. Mulalah teringatkan Malaysia...
Dengan menaiki Angkutan Kota kami pergi ke Paris Van Java.
Tambang angkutan kota ke Paris Van Java ialah 2,500
rupiah seorang. Angkutan ni melalui jalan Sukajadi dimana
di jalan inilah letaknya Hotel Sukajadi yang sangat
digemari ramai rakyat Malaysia untuk menginap. Best jugak kat
Paris Van Java. Ia adalah pusat membeli-belah terbesar
di Bandung. selepas pusing-pusing dan makan di sini, kami
pulang ke Hotel.
Hari keeempat
Kami bercadang tidur semalam lagi di Bandung kerana
terkilan semalam tak dapat ke Pasar Baru, destinasi
popular membeli -belah di Bandung. Tak lengkaplah rasanya
kalau pergi ke Bandung tanpa berkunjung ke Pasar ini.
Seperti biasa seawal jam 7.30 pagi lagi kami sudah
bersiap-siap untuk ke Pasar Baru dengan menaiki Angkutan
Kota.
Pada fikiran kami biar awal sampai supaya kami mempunyai
banyak masa untuk berjalan-jalan disini. Lagipun kalau
sampai awal pagi, orang tak ramai. Jadi tak perlulah
kami bersesak-sesak dengan orang. Tapi rupanya ramainya
orang sudah berlegar-legar di pusat membeli-belah itu
ketika kami tiba.
Pasar Baru ini mempunyai 7 tingkat. Tak dinafikan memang
terlalu banyak barang-barang dijual disini. Beg tangan,
Baju Blouse,kebaya, barang perhiasan wanita termasuk
pakaian muslimah dan telekung.Kawasan disini pun besar
juga. Tapi yang tak bestnya, kami sering diikut oleh
penjual-penjual jalanan. Ada yang menjual air, makanan
dan cenderahati hingga mengganggu tumpuan kami. Ada
ketikanya kami menjadi tension juga. Ingatkan kat
tingkat bawah ramai penjual jalanan tapi ditingkat-
tingkat lain pun sama. Kesian juga kat dia orang.
Sekitar Pasar Baru
Antara yang sempat kami borong semasa di sini Telekung,
Blouse , Baju Batik dan beberapa lagi barangan termasuk
cenderahati untuk dibawa pulang.Jam 1.00 petang kami
balik semula ke Hotel untuk bersolat dan berehat.
Pada sebelah petang, kira-kira jam 3 petang, kami
keluar semula. Hasrat kami untuk menjengah Rumah Mode
dan beberapa Factory Outlet yang dikatakan menjual
barangan berjenama dengan harga murah. Di rumah Mode
kami sekadar melihat pakaian-pakaian yang ada dijual
disini kerana harganya mahal. Antara Outlet yang
sempat kami singgah, Heritage di Jalan Riau ,
Victoria, Jetset ,episode, Blossom, dan up Town
di jalan Jl Ir H Juanda. Anak saya membeli 2 helai
t-shirt yang murah di FO up Town.
Hari kelima
Selepas selesai makan pagi, kami bertolak ke stesen
keretapi untuk ke Jakarta semula. Kami memilih
untuk menaiki keretapi Agrogede dengan bayaran
70,000 rupiah seorang. Keretapi kami bertolak dari
Bandung jam 7.30 pagi dan tiba di Jakarta jam 10.30
pagi iaitu 3 jam masa perjalanannya. Perjalanan
dengan keretapi memang lewat sedikit tapi kami puas
hati kerana pemandangan berbukit bukau yang
indah termasuk suasana perkampungan masyarakat
Bandung. Sejurus tiba di stesen keretapi Gambir,
kami menaiki bas Damri untuk ke lapangan terbang.
Harga yang dikenakan hanya 20, 000 rupiah. Murah
berbanding jika kami menaiki teksi.
Sungguh berbeza itulah yang dapat kami katakan
selepas kami pulang ke Malaysia. Jakarta dan Bandung
jauh lebih sibuk dari Malaysia. Tak kan kami dapat lupakan
pengalaman menaiki Angkutan Kota yang terlalu 'Adventure'.
Sayang sekali sepanjang berada disini kami tidak sempat ke
Tangkuban Prahu yang menjadi destinasi popular Bandung.
Bagaimanapun seandainya berpeluang lagi ke sini, kami tak akan
melepaskan peluang untuk ke Tangkuban Prahu dan Ancol di Jakarta.
Info
- Negara yang ramai rakyat, ramai juga peminta sedekahnya
- Banyak pengangkutan lama dan buruk digunakan seperti Bajai
dan Angkutan Kota
- Naik teksi (Tol kena bayar sendiri)
- Kedai makanan halal dan tak halal bercampur.
- Jalan di Bandar sempit, berlopak-lopak dan rumah-rumah
haram banyak dalam bandar.
Subscribe to:
Posts (Atom)