Jalan-jalan di Kota Kinabalu




Inilah kali pertama saya ke Kota Kinabalu, Sabah atau
KK dalam sebutan ringkasnya. Sebelum ini sekadar
melihatnya dari kaca tv sahaja.Memandangkan Suami dan
anak saya pernah ke sini beberapa tahun yang lalu.
kami tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong.

Jauh juga perjalanan hendak ke KK. kira-kira 2 Jam
20 Minit jika dari Kuala Lumpur.

Bandaraya KK sememangnya telah pesat membangun. Mengikut
kata suami saya, KK kini telah jauh banyak berubah dari
dulu. Kebanyakan Pusat membeli-belah di KK juga semakin
banyak dan kini KK sudah mempunyai satu pusat membeli-belah
yang terbesar dikenali 1Borneo. Walaupun tidak lama tetapi
sempat juga saya sekeluarga pusing-pusing dalam pusat
membeli-belah ini.



Tarikan utama kalau ke KK, sudah pastinyalah kerana
Gunung Kinabalunya. Bagaimanapun saya tak berpeluang
mendakinya. Hasrat Berfoto di Taman Kinabalu pun tidak
tercapai kerana perjalanan menuju ke sana mengambil masa
kira-kira 2 jam untuk sampai. jadi kami membantal hasrat
untuk ke sana kerana kesuntukan masa.




Hotel kami menginap terletak tidak jauh dari bandar KK
dan berdekatan dengan Pasar Kraftangan. Pasar ini juga
dikenali dengan Pasar Filipino. Hanya dengan berjalan
kaki 5 minit sahaja sudah sampai ke sini.Di Pasar inilah
anda akan dapat temui pelbagai produk cenderahati hasil
kraftangan penduduk tempatan. Malah bagi penggemar Mutiara
dan Kristal, Disinilah tempatnya. Pelbagai produk berasaskan
Mutiara seperti Rantai,gelang, Brooch dan cincin boleh anda
dapatkan disini. Harganya pula boleh tawar-menawar.Rambang
mata dibuatnya..

Disebelah pasar ini, terdapat pasar ikan Masin dan Pasar
buah yang boleh anda kunjungi.Bagaimanapun kami bercadang
untuk singgah di Pasar ini pada hari akhir sebelum balik ke
Kuala Lumpur.




Kami ke satu lagi destinasi yang mesti dilawati di Sabah
iaitu Jesselton Point. Ia merupakan terminal Feri untuk ke
Tunku abdul Rahman Park yang terdiri dari lima buah pulau
popular iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik,
Pulau Sapi dan Pulau Sulu.Kami ke sini menaiki bas. Tambang
basnya pun 50 sen je seorang.

Indah sungguh permandangan di sekitar Jeti ini. Udaranya
pun segar dan nyaman. Anda pasti seronok kalau dapat
bersiar-siar di laluan pejalan kaki sepanjang Waterfront
ini.


Sedap...ikan bakar di Waterfront




Pada sebelah malam, Suasana di Bandar KK lebih meriah.
Penduduk tempatan sendiri akan membanjiri Waterfront yang
terletak berdekatan dengan Pasar Kraftangan untuk membeli
Pelbagai barangan harian termasuk menjamu selera.Ia seakan
sama seperti Pasar Malam di Kuala Lumpur cuma bezanya Pasar
ini menjual ikan bakar, udang Bakar dan Sotong Bakar yang
masih segar.Harganya pun murah. Puas hati jugalah bila
dapat menjamu selera ikan bakar dan Sotong Bakar di sini.

Hari berikutnya lawatan kami diteruskan ke Pantai Tanjung
Aru. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Bandaraya KK.
Sewaktu kami tiba, pantai ini memang dipenuhi orang. Tak
dapat dinafikan,Pantainya memang cantik. Rileks betul
rasanya bersantai di sini. Sebelum balik ke Bandar KK,
kami singgah sebentar di Medan Selera Tanjung Aru untuk
menikmati ABC. Memang Best.Bagaimana nak ke sini? Mudah
sahaja. Anda boleh menaiki bas atau teksi. tapi saya
sekeluarga memilih naik bas kerana tambangnya lebih
murah iaitu RM1.50 Seorang.





Lawatan terakhir kami di KK ialah Pulau Manukan. Saya
memang tak terfikir langsung untuk ke Pulau ini tapi
anak saya beria-ia mengajak.Untuk ke pulau ini kita
perlu menaiki bot laju lebih kurang 20 minit dengan
tambang RM 17 ( termasuk insuran ) dan dikenakan cukai
sebanyak RM 6. Sampai di pulau sekali lagi kita akan
di kenakan ‘island tax’ sebanyak RM3 untuk dewasa
dan 50 sen untuk yang berumur 18 tahun ke bawah.

Masa mula-mula naik bot tu panik juga. Ye lah selama
ni tak pernah naik bot laju pun. Pukulan Ombak memang
kuat waktu itu. Nasib baiklah tak ada yang muntah.
Sebelum sampai ke Pulau Manukan, bot kami berhenti
sebentar di destinasi persinggahan pertama, pulau
Mamutik untuk menurunkan penumpang. Dapat jugalah
kami lihat Pulau Mamutik yang cantik itu walaupun
tanpa menjejakan kaki ke Pulau itu.



Pulau Manukan pun sangat cantik. Kami dapat melihat
beribu-ribu ekor ikan berkeliaran di bawah jeti
kerana airnya cukup jernih. Ada juga beberapa orang
pelancong yang bersnorkeling. Kami sekadar tengok je
lah. Sesudah Merakamkan kenangan di Pulau ini, kami
jalan-jalan pusing pulau pula. Selain sangat sesuai
untuk mandi-manda, anda juga boleh melakukan aktiviti
pantai seperti berkayak. pendek kata, pulau ini lengkap
dengan segala kemudahan termasuk telefon awam.
Hampir dua jam setengah kami bersantai disini sebelum
bertolak pulang ke Bandar KK.

Dalam perjalanan bot kami singgah pula di Pulau Sapi
untuk mengambil penumpang. Dapatlah kami melihat keindahan
pulau itu.

Alhamdulilah pukul 6.00 petang kami tiba semula di Jeti
(Jesselton Point). Keesokan pagi sebelum berangkat pulang
ke Kuala Lumpur, kami singgah sebentar di Pasar ikan untuk
membeli udang kering dan ikan bilis.

Sememangnya KK memiliki keistimewaan dan keunikannya yang
tersendiri. Saya seronok sepanjang berada disini. Tak kan
saya lupa pengalaman menaiki bot laju untuk ke Pulau
Manukan...

5 comments:

  1. Assalammualaikum Puan Hajah Fatimah, saya (Hanim) nak bertanya- Saya sedang merancang utk ke Pulau Manukan. Bagaimana kemudahan disana? surau? makanan halal? ada disediakan?. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Makanan Halal ada dijual tp x berapa pasti ttg harganya. Surau tiada.

    ReplyDelete
  3. Saya merancang mahu membawa keluarga ke Kota Kinabalu. tetapi saya tidak pasti apakah tempat yang wajib dilawati semasa di sana. saya juga hanya ke sana selama 1 hari dan tidak bermalam di sana. Boleh tolong jelaskan??

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum puan hajah , sy berada di kk ni .. sy bercadang nak ke pulau manukan . berapa kat kos untuk ke sana dan ape yg menarik di sana

    ReplyDelete
  5. salam puan...boleh saya tahu puan stay di hotel mana? harga dan adakah bagus hotelnya...tolong share ya TQ!

    ReplyDelete