Bercuti di Singapura


Bergambar di depan Merlion



Bila terkenangkan zaman kecil, saya teringat kembali
nostalgia sewaktu bersekolah di Singapura. Sejak
berpindah di Melaka dan kini menetap di Kuala Lumpur,
setelah bertahun-tahun lamanya meninggalkan kota singa
itu, akhirnya baru-baru ini saya mengambil peluang
untuk bercuti ke Singapura bersama anak dan suami
tercinta.

Percutian yang bermula 14 November lalu selama 4 Hari,
kami rancangkan secara teratur agar tidak terlupa
untuk berkunjung ke Destinasi-destinasi Menarik yang
ada di Singapura. Sebenarnya tidak sukar untuk
berjalan-jalan di sekitar Singapura kerana Sistem
pengangkutannya seperti MRT dan bas sangat sistematik
serta sangat memuaskan. malah maklumat tunjuk arah yang
tepat disemua stesen bas termasuk harga tambang bas
juga memudahkan perjalanan ke mana-mana destinasi
menarik di Singapura cuma harga Pengangkutan awam
disini agak mahal berbanding di Malaysia.


Pemandangan di sekitar Esplanade


Di Esplanade park

Banyak cara yang boleh di pilih untuk ke Singapura.
Anda boleh menaiki Keretapi dari Kuala Lumpur atau
menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Singapura.
Bagaimanapun bagi anda yang memiliki budget yang
sederhana, anda digalakkan memilih naik bas atau
anda juga boleh membuat pilihan seperti saya yang
memilih pengangkutan udara ke Singapura yang hanya
mengambil masa perjalanan kira-kira 50 minit.

Dari Lapangan Terbang Changi, kami menaiki teksi ke
tempat penginapan kami di Hotel Copthorne Orchid.
Lengkap dengan segala kemudahan termasuk shuttle
bas percuma untuk ke Orchard road dan harga hotelnya
yang berpatutan membuatkan saya memilih untuk
menginap disini.



Apa yang ada di Singapura? Merlion Park merupakan
destinasi wajib jika berkunjung ke Singapura. Di
sinilah letaknya patung berkepala singa dengan
badan seperti ikan yang dinamakan gabungan dari
ikan duyung dan singa. Apa lagi...Kami juga tidak
mahu melepaskan peluang. Seawal pagi, saya bersama
suami dan anak membeli tiket MRT di stesen Orchard
Road untuk Ke stesen Raffles Place (EW14), dimana
ia merupakan stesen yang terdekat untuk ke Merlion
Park.




Inilah kali pertama kami mencuba Mrt(Keretapi bawah
tanah Singapura). Maklumlah nak rasa pengalaman baru.
Mulanya takut juga sebab tak biasa. Tambahan pula
untuk membeli tiket MRT di sini perlu guna mesin.
Bagaimanapun ia tidak sukar. Malah tidak juga perlu
menunggu lama untuk menaiki MRT kerana MRT yang ada
di Singapura ini lebih banyak dan panjang jadi dapat
memuatkan lebih ramai penumpang meskipun di waktu
yang sibuk.





Sejurus keluar dari stesen Raffles Place, Saya
meneliti peta yang kami bawa bersama. Rupanya kami
perlu berjalan di laluan pejalan kaki menyusuri
sungai Singapura sebelum sampai ke Merlion Park.
Berjalan-jalan di sepanjang sungai ini, saya dapat
melihat jambatan-jambatan yang unik, patung-patung
tembaga yang menceritakan kehidupan Singapura
di zaman dulu dan diseberang jambatan pula ada
beberapa muzium yang boleh dilawati. Salah satunya
Sungainya pun bersih. Memang seronok kalau dapat
menyusuri Sungai Singapura ini dengan bot.

Tidak jauh dari Merlion, terletak Esplanade Park
iaitu taman yang tertua di Singapura. Ia dibina
pada tahun 1943. Kami berhenti rehat seketika
disini sebelum meneruskan perjalanan ke Merlion.
nyaman dan menyegarkan kerana pohon-pohon menghijau
begitu banyak ditaman ini.Sambil berehat kami
bergambar kenangan di di depan Esplanade Theater,
satu lagi destinasi menarik yang mesti dilawati.

Cuaca Singapura yang sama dengan cuaca di negara
kita membuatkan kami cepat letih tapi perasaan
teruja dihati yang tak sabar nak merakamkan
kenangan di Merlion, membuatkan kami menepis rasa
letih kami. Akhirnya kami tiba juga di Merlion Park.



Menjelang tengahari, kami meneruskan perjalanan ke
Bugis Street dengan menaiki MRT ke Stesen Bugis.
Memandangkan perut kami sudah lapar. Hasrat kami
ke Bugis Street ditangguhkan.Sebaliknya Kami mencari
kedai makan di Arab Street kerana disini terdapat
beberapa kedai makanan halal.

Lagi sekali kami berjalan kaki ke Arab Street. Kalau
nak naik bas pun boleh. perkhidmatan beca pun ada
disediakan. Arab Street adalah pusat masyarakat Muslim
di mana dahulu menjadi tempat penjualan utama kitab
suci Al’Quran, sajadah dan tekstil tapi kini ia lebih
menjadi tumpuan kepada penggemar tekstil.

Lawatan kami kemudiannya di teruskan ke Kampong Glam
yang terletak berdekatan dengan Arab Street atau
Jalan Arab. Ia adalah penempatan pertama masyarakat
Melayu dan Arab di bandar ini. Selain masjid Sultan
yang menjadi tarikan pelancong untuk ke sini,
Deretan kedai-kedai kecil yang dicat berwarna-warni
ini juga menarik perhatian pelancong.
Kebanyakan kedai disini menjual Cenderahati, pakaian
dan tekstil.


Deretan kedai yang ada di Kampong Glam



Saya tertarik hati melihat Masjid Sultan. Walaupun
sudah berusia 100 tahun tetapi seni bina masjid ini
masih lagi dijaga rapi.

Pada sebelah petang, kami kembali ke Bugis Street.
Kami masuk ke pasar tradisional bugis, tempat
membeli-belah yang terbesar berlokasi di Singapura.
Banyak juga barang-barang terutamanya Cenderahati, beg
tangan wanita, dompet lelaki dan pakaian wanita
mahupun pakaian lelaki dijual disini. Harga yang
ditawarkan sangat murah. Walaupun ia penuh sesak dengan
ratusan kedai-kedai kecil tapi ia juga menjadi destinasi
kegemaran penduduk negara Singapura sendiri untuk
membeli-belah. Menjelang Malam, pasar Bugis ini akan
bertambah sibuk.


Salah satu pusat membeli-belah di Orchard Road

Orchard Road juga adalah destinasi yang mesti dikunjungi
jika anda ke Sini. Tidak kira waktu siang atau Malam,
Orchard Road akan sentiasa sesak dengan orang. Pelbagai
barangan berjenama dengan fesyen terkini ada dijual disini.
Oleh sebab itu Orchard Road lebih gemar dipenuhi oleh
remaja lelaki dan wanita. Terdapat Lebih 20 puluh buah
gedung membeli-belah terkemuka boleh dikunjungi antaranya,
Paragon dan Wisma Atria.


tengah tunggu tram nak ke Pulau Sentosa


Dalam Tram


Inilah tram ke Pulau Sentosa

Keesokan pagi lawatan kami diteruskan ke satu lagi
destinasi menarik di Singapura iaitu Pulau Sentosa.
Suatu ketika dulu pulau ini dikenali Pulau Belakang Mati.
Ia adalah tempat bersantai yang paling terkenal di
Singapura. Mungkin Pulau Sentosa ini tidak sehebat
Disneyland Hong Kong atau Everland di Korea tapi kami
tetap rileks berada disini. Lebih-lebih lagi selepas
merasai pengalaman melalui jambatan gantung dan melihat
keindahan tiga pantai indah di Pulau Sentosa iaitu
Siloso, Pahlawan dan Tanjung. Kami tidak perlu berjalan
kaki jauh kerana perkhidmatan keretapi percuma ada
disediakan untuk pusing-pusing di Pulau ini.

Kami juga sempatlah melihat pembangunan dan
pengubahsuaian pulau ini yang dijangka lebih
cantik dan meriah pada pertengahan tahun 2010 nanti
bila Universal Studio siap dibina di pulau ini.




Pemandangan di Pantai Siloso


posing depan tram ke Pantai Pahlawan

Untuk ke sini, kami menaiki MRT dari stesen Orhard
Road ke stesen Dhoby Ghaut. kemudian memilih Line Unggu
utk ke Stesen Harbour Front. Selepas itu kami naik pula
Sentosa Ekspress dari tingkat 3 Vivo City untuk sampai
ke Pulau Sentosa dengan bayaran tambang SD3.



Bayaran ini termasuk tiket pergi-balik Sentosa Express
dan bayaran masuk ke Pulau Sentosa. Bayaran tambahan
lain dikenakan sekiranya anda ingin mencuba permainan
seperti memandu luge iaitu sejenis kenderaan kombinasi
antara go-kart dan toboggan atau masuk Underwater world
dan naik sky tower untuk melihat seluruh pulau ini dari
ketinggian 131 meter dari aras laut.



Singapura pun ada Chinatown dan Little india. Apa yang
kami ketahui, di Chinatown begitu banyak barang dijual
dengan tawaran harga yang lebih murah terutamanya sekali
kalau ingin mendapatkan barangan seperti Cenderahati
dan barangan yang diperbuat dari Sutera seperti beg dan
sarung bantal. Malah barangan yang dijual disini
kebanyakkannya diimport dari China dan Thailand.


Kat Chinatown

Saya lihat Suasana persekitaran di sini seakan sama seperti
petaling Street di Malaysia cuma Chinatown disini lebih
menarik dan bersih kerana kedai-kedai lama disini di cat
dengan pelbagai warna-warni yang menampilkan keceriaan.
Kalaulah Petaling Street dijaga kebersihannya seperti
di sini alangkah baiknya...


Jalan-jalan tengok barang...







Sebelum pulang ke Hotel, Kami sekeluarga ke Clarke
Quay untuk menikmati pemandangan malam di pinggir
Sungai Singapura yang dibangunkan menjadi kawasan siar
kaki yang dipenuhi kafe-kafe ala Inggeris, pusat
hiburan, serta Restoran. Selain bersantai, anda boleh
menaiki bot menyusuri sungai Singapura sehingga ke
Merlion Park.



Hari Ketiga, kami melawat pula ke Geylang Serai untuk
melihat perkampungan orang melayu Singapura. Disinilah
baru kami dapat lihat orang-orang melayu sibuk dengan
kegiatan harian masing-masing. sedangkan kalau dibandar
terutamanya di Orchard Road hanya kaum cina saja yang
membanjiri tempat itu. Kami bersiar-siar sehingga ke
Katong. Sesudah itu kami singgah pula ke Little india,
untuk ke Mustaffa Centre yang dikatakan amat popular di
Singapura. Kami dapati Mustaffa Centre ni sama seperti
Mydin di Malaysia. Kami tidak membeli apa-apa pun disini
kerana merasakan harga barang di Malaysia jauh lebih murah.

Setelah 4 hari di Singapura, tibalah masa untuk kami
pulang semula ke tanahair. Sesungguhnya percutian di
Singapura ada keseronokkannya. Fikiran terasa tenang melihat
bandar Singapura yang penuh kemodenan tetapi masih
mengekalkan kehijauan persekitarannya. Meskipun percutian
kami kali ini tidak jauh dari Negara tercinta tetapi
memberi banyak kenangan kepada saya, suami dan anak.

27 comments:

  1. saya bercadang untuk bercuti ke Singapore pada pertengahan tahun ini. boleh puan kongsi budget sepanjang berada di Singapore untuk ke tempat-tempat menarik di sana? (kos transportation dan tiket masuk contohnya).

    boleh e-mail saya di shahida89_shida@yahoo.co.uk

    terima kasih. salam.

    ReplyDelete
  2. salam puan..

    blh kongsi dgn saya kos untuk saya bercuti ke sana hanya untuk sabtu ahad dan bermalam di JB utk kurangkan kos.kami perlukan kos yg paling rendah sbb masih belajar..harap puan dapat kongsi pengalaman dan kos perjalanan dn juga percutian..

    terima klasih puan..

    nakata_akasia@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,

    Mohon berkongsi kos percutian disana?...teringin nak bercuti ngan suami dan anak2...(kos transportation dan tiket masuk contohnya).

    Boleh email kepada saya di wanie_sme@yahoo.com

    Terima Kasih Puan

    ReplyDelete
  4. salam puan ...
    saya berminat dengan catatan percutian puan sekeluarga di singapura...bOleh x puan nyatakan kepada saya kos percutian puan kesana..(tidak termasuk beli belah)
    sila email saya di srikandi_negara@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Assalam Puan,

    saya bercadang untuk membawa keluarga bercuti ke singapura dlm masa terdekat nie. Jika tidak keberatan boleh Puan bagi saya berapa budget yg perlu saya sediakan termasuk tambang (saya bercadang untuk menaiki bas), penginapan, pas2 masuk & makan semasa di sana.

    boleh email di zikff@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. Salam puan ,
    Saya akan mengikuti kursus di National Universiti Singapore, saya bercadang untuk membawa keluarga saya bercuti..Saya amat memerlukan hotel yang membolehkan isteri saya keluar dan membeli makanan untuk makan pagi dan tengahari sepanjang saya berkursus....saya bercadang untuk mambawa kenderaan sendiri..
    boleh email ke nasri9@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam Puan

    Cerita yang menarik penuh informasi! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. salam.. boleh tak puan email kepada saya total budget puan.. transport, accommodation and visit.. plz.. my email..., sir_sendo@yahoo.com

    adib

    ReplyDelete
  9. Assalam Puan,

    Jika tidak keberatan boleh Puan bagi saya berapa budget yg perlu saya sediakan termasuk tambang mrt di singapura (saya bercadang untuk menaiki kereta), pas2 masuk & makan semasa di sana.

    boleh email di nabilahuda87@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. pingin tuh ke singapore satu saat

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamua'laikum,puan.
    Pengalaman puan pergi ke Singapura sangat menarik. Oleh itu, izinkan saya menggunakan cerita puan ini sebagai menolong saya untuk membuat karangan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. salam puan...saya serta rakan2 berkemungkinan akan melawat singapore dalam bulan 5 or bulan 7..kami berkemungkinan pergi ke sana dgn menaiki kenderaan sendiri...boleh tak puan cadangkan saya,sama ada perlukah sy membawa kereta sy masuk ke singapore or just park ke mana2 sekitar jb untuk memudah kan kami..ples email me at gempakbeb@rocketmail.com...tq

    ReplyDelete
  14. sesiape ingin bercuti di Singapura boleh menghubungi saya di hazalis@hotmail.com. saye sedia membantu ape2 soalan tentang bercuti di sane.

    ReplyDelete
  15. menarik.. saya akan pergi bercuti ke singapura bulan june nanti.. bila baca blog akak ni at least ada sikit pengetahuan zaid sampai ke sana nanti.. thanks ye kak..

    ReplyDelete
  16. Salam Puan,
    saya bercadang untuk bercuti ke Singapore pada hujung tahun ini. boleh puan kongsi budget sepanjang berada di Singapore untuk ke tempat-tempat menarik di sana? (kos transportation dan tiket masuk contohnya).

    boleh e-mail saya di rhn@ppukm.ukm.my

    terima kasih. salam.

    ReplyDelete
  17. Ramai yg minta berapa anggaran kosnya..harap Puan boleh maklumkan secara umum anggarannya kpd pengujung blog puan.

    ReplyDelete
  18. Blog yg amat baik ... Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman puan .

    ReplyDelete
  19. Terima kasih puan sudi berkongsi pengalaman bercuti ke singapura. Boleh tak puan berkongsi anggaran budget sepanjang d sana termasuk fee pengangkutan dari setiap destinasi yg menarik d sana. Kami bercadang pergi bulan dec ni, bermalam d jb hanya sekadar ingin berjalan dan melawat singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email.saya dygmardiana@yahoo.com

      Delete
  20. assalamulaikum.

    Puan Mohon berkongsi kos percutian disana? bercadang untuk bercuti ke Singapore pada hujung. saya bermalam di JB.

    boleh email pada saya :- kamarulazmi_mohamed@yahoo.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum.. puan, boleh bg penerangan tebtanf bajet puan disana? ? emailkan pd saya boleh.. terima kasih..

    mazliani_lieya90@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum Puan.
    Terima kasih banyak-banyak, bolehlah saya berpandukan pengalaman Puan untuk ke Singapura, in syaa Allah satu hari nanti :D

    ReplyDelete
  23. Karangan anda adalah yang terbaik..

    ReplyDelete
  24. Apa khabar semua? Cuma nak share info TERBARU 🌻 :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 sahaja!

    Juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel

    *Contact hari ini: +6012-7760219 & Silakan lawat :) >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete