Percutian Kali Ke 2 di Hong Kong



Saya langsung tak pernah terfikir untuk ke Hong Kong. Malah
pengetahuan mengenai Hong Kong juga kurang. Sejak terbinanya
Hong Kong Disneyland barulah saya tahu serba sedikit mengenai
Hong Kong namun masih belum terfikir untuk ke Hong Kong.
Pada pertengahan tahun 2007,Saya bersama suami telah
berpeluang ke Hong Kong mengikut anak saya dan Februari 2009
yang lalu,saya sekali lagi berpeluang ke Hong Kong. Tak sangka
2 kali saya telah pergi ke Hong Kong!

Hong Kong sebenarnya mempunyai banyak destinasi untuk dilawati.
Sekali saya ke Hong Kong masih belum puas kerana masih ada
tempat yang tak sempat dilawati tapi kali kedua memang puas...
seronok bercuti sakan di sini.

Dari Airport, kami terus naik bas A21 dengan tambang HKD 33
ke Hotel penginapan kami. Elakkan memilih teksi untuk ke bandar
kerana tambangnya sangat mahal.






Bergambar kenangan di Patung Bruce Lee, Avenue Stars



Tapak tangan Jackie Chan


Pada hari pertama kami memulakan lawatan ke Avenue of Stars.
Ini adalah kali kedua kami ke sini.Lokasi tempat ini yang tidak
jauh dari Hotel kami yang terletak di Kowloon membuatkan kami
lebih senang berjalan kaki sahaja. Jimat belanja sikit.
Avenue of Stars adalah salah satu destinasi menarik di Hong Kong.
Disini selain dapat menikmati pemandangan indah disekitar pulau
Hong Kong, anda boleh merakam gambar disisi bekas tapak tangan
pelakon-pelakon popular Hong Kong seperti Jackie Chan, Andy Lau
dan Anita Mui. Jangan ketinggalan juga bergambar dengan patung
Bruce Lee yang diletakkan di Waterfront ini.
Masa kami tiba disini cuaca berkabus.Suhu pada ketika itu
adalah 26 darjah celsius. Pemandangan yang dilihat memang cukup
indah. Terasa Lapang fikiran untuk seketika...Semakin menjelang
malam,cuaca disini semakin sejuk.

Hari kedua, awal pagi lagi kami bertolak untuk ke Hong Kong
Disneyland. Dari stesen Kowloon,kami menaiki MTR (Subway) ke
Disneyland Resort.Bayaran masuk dikenakan HKD 350 seorang untuk
Dewasa dan HKD 210 untuk kanak-kanak ( 3-11 tahun). Walaupun
terpaksa berjalan jauh di dalam taman tema ini tapi Hati saya
tetap seronok. Lebih-lebih lagi dapat berfoto dengan Mickey Mouse
dan kawan-kawannya yang merupakan watak kartun popular sejak
zaman saya sekolah lagi. Hong Kong Disneyland terbahagi kepada
4 kawasan iaitu Main Street U.S.A., Fantasyland, Adventureland
dan Tomorrowland.















Lawatan berikutnya ialah Ladies' Market di Mongkok. Dari Stesen
Disneyland Resort, kami berhenti di Stesen Lai King dan kemudian
menukar laluan (Tsuen Wan Line) untuk ke Stesen Mongkok. Saya
sekeluarga sampai disini lebih kurang pukul 6.30 petang. Waktu
itu orang ramai sudah mula membanjiri Ladies Market yang terkenal
dengan penjualan beg, t-shirt, jam, pakaian lelaki dan wanita
yang murah. Beberapa Cenderahati seperti beg sutera pun banyak
dijual disini.



Selepas pusing-pusing Ladies Market, kami ke Sai Yeung Choi
Street South pula. Dimana kat sini lebih banyak barangan
elektronik dijual. Sekadar jalan-jalan sahaja tapi tak membeli
pun. Sebenarnya Hong Kong ini banyak tempat Shopping. Dari
Kedai Kecil sampailah ke Pusat membeli-belah terbesar,
Harbour City.




Satu lagi uniknya, Hong Kong ini ialah ia ada Tram dua
tingkat. Harga naik Tram pun tak mahal.Hanya HKD 2 je. Pada
pagi hari ketiga kami di sini, sempat jugalah kami meronda
bandar Hong Kong ini dengan Tram. Bukan semua jalan di
Hong Kong ada Tram. Oleh itu jika anda berminat mencuba
perkhidmatan tram, anda perlu ke Central dengan menaiki MRT
atau Bas yang menuju ke Central.








Destinasi seterusnya ialah ke Ocean Park. Ia merupakan Satu
lagi taman tema popular di Hong Kong iaitu salah sebuah
taman Akuarium yang terbesar di dunia. Untuk ke sini, kami
menaiki Bas No.629 dari Stesen Admiralty di pintu keluar B.
Tambang basnya, HKD 10.60 Seorang. Perjalanan pun tidak lama.
Hanya mengambil masa 40 Minit saja. Bayaran masuk yang
dikenakan HKD 208 Seorang dan HKD 103 untuk kanak-kanak
(11-3 tahun).


Di depan pintu masuk Ocearn Park




















Yang menariknya di Ocean Park ini, kami bukan saja dapat
melihat haiwan-haiwan laut seperti Singa Laut, Dolpin,
rumpai laut dan ikan jerung tapi juga dua Panda besar
yang dinamakan "An-An" dan "Jia-Jia". Disamping itu kami
dapat juga merasai pengalaman menaiki kereta kable( Cable Car)
dengan pemandangan cantik pulau-pulau kecil dan laut yang meghijau.


Lewat petang kami ke Avenue Stars sekali lagi. Kali ini
hendak melihat Symphony of Lights,dimana para pelancong akan
dipertontonkan dengan 44 bangunan disekitar Victoria Harbour
disinari cahaya lampu dan laser. Ia biasanya diadakan setiap
hari bermula jam 8.00 malam. Memang cantik. Sebelum balik ke
bilik hotel, kami bersiar-siar di Jalan Tsim Sha Tsui dan Nathan
Road yang sentiasa sibuk.











Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kami singgah pula di Kowloon
Park yang terletak di belakang Masjid Kowloon. Ia adalah taman yang
terbesar di Kowloon dengan keluasan 13.5 hektar. Taman ini dibina
mengikut gaya tradisi China. Pokok-pokok besar dan banyak bunga-
bungaan memenuhi ruang taman ini. Disini saya juga dapat melihat
pelbagai jenis burung dan tasik yang dipenuhi ikan dan kura-kura.
Taman ini bukan sahaja menjadi tempat berehat dan beriadah
kebanyakkan penduduk hong kong tetapi juga lokasi pilihan untuk
mereka melakukan aktiviti berjogging dan Tai-chi. Menjelang Zohor,
kami bersolat di Masjid Kowloon dan kemudian bersiap-siap untuk ke
Airport.

Percutian di Hong Kong memberi kenangan terindah buat saya
sekeluarga...

8 comments:

  1. indahnya percutian jika bersama tersayang... jika anda merancang untuk ke Melaka, hubungi kami untuk pakej BAjet ... Akasia Holiday..

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum..boleh tak recomend hotelyg best dan restauran halal di hong kong..plan nak pergi sana sekeluarga....tkasih

    ReplyDelete
  3. Akak, boleh tak suggest hotel yang sesuai untuk tinggal kat sana. saya mempunyai 7 orang , 3 dewasa dan 4 kanak2.

    ReplyDelete
  4. Bolih email saya dan rekomend hotel yg paling dekat dgn restoran halal dan juga tempat2 yang Puan Hajah pergi di HK? email saya seriyati09@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam kak..

    Secara ikhlasnya berapa habis sepanjang aka disana..nak tahu gak budjet berapa? Saya bercadang gak nak kesana satu family 2 dewasa n 4 anak..sekian terima kasih..akak postkan kat sini pun tak pe biar semua leh share..sharing is caring huhhuhu

    ReplyDelete
  6. Salam. Puan. Apa nama hotel yang puan menginap? berapa harga 1 malam? byk ke restoran yang halal?

    ReplyDelete
  7. Rasa2 hotel ramada ni pasal mmg kt area kowloon....mknan halal mmg ssh suggest bwk mknan tin kalo stay x lama....saya nak g disneyland bulan september nanti, 4 org...cadang pun nk stay kat ramada hotel...pada yg xpernah g hongkong sy cadangkan guna airasia flight+hotel...kat situ sume di cadangkan kita tinggal pilih je dari time flight ,nama hotel and tix disneyland and airport transfer senang xyah pikir susah xtau jalan di hongkong nnt...gud luck all...pada hjh good info leh guna tuk g september nanti.kalo boleh email la kat sy full info pasal hotel n transport tu yer thx ... azura_azizi00@yahoo.com

    ReplyDelete